KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan segera menjalankan projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutama di Johor, selaras arahan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB yang dilaksanakan nanti kerana ia disifatkan antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.
"Memang sudah ada di dalam senarai (projek RTB terutama di Johor), tinggal lagi hendak direalisasikan kaedah bagaimana, sama ada kaedah konvensional atau reka dan bina.
"Apabila Perdana Menteri maklumkan hendak cepat, maksudnya kalau hendak cepat kita perlu guna kaedah reka dan bina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jamuan Makan Malam Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu 2023, di sini malam tadi.
Katanya selain di Johor, JPS juga sedang mengenal pasti lokasi di negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang perlu dijalankan projek RTB dengan segera bagi mengurangkan impak kejadian banjir.
Semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah di Segamat semalam, Anwar memberi jaminan bahawa projek RTB terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.
Katanya proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi cepat memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.
Dalam pada itu Md Nasir berkata JPS akan menempatkan antara 10 hingga 20 lagi pam bergerak di kawasan kritikal di Johor bagi mempercepatkan aliran air banjir, sebagai tambahan kepada sekitar 15 pam bergerak yang telah dipasang di beberapa kawasan di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak.
"Kami memang siap sedia dengan pam bergerak ini di seluruh negara. Contohnya kami ada sediakan (beberapa pam bergerak) di Terengganu dan sekiranya Terengganu tidak banjir kami akan ambil dan hantar ke Johor," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Md Nasir berkata JPS telah melaksanakan konsep pengurusan banjir lebih efektif dengan mengaplikasikan pendekatan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (NBS) terhadap tiga projek di Terengganu iaitu RTB Kemasik di Kemaman, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman dan RTB Bukit Payong di Marang.
Katanya reka bentuk ketiga-tiga projek tersebut menggunakan kawasan dataran banjir semula jadi sebagai storan air banjir bagi melindungi kawasan bandar dan perkampungan.
"Dataran banjir dan rizab sungai berfungsi sebagai kawasan takungan serta laluan air apabila hujan lebat dan banjir besar berlaku. Oleh itu, amat penting untuk pihak kerajaan mewartakan dataran banjir dan rizab sungai supaya tidak dibangunkan untuk tujuan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Sebuah keluarga terpaksa meredah banjir untuk pergi melihat keadaan kediaman ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat, 5 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
JPS akan segera laksana projek RTB di Johor
Pihaknya bercadang menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB itu kerana ia antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.